Jo Kontan

Tuesday, July 07, 2009

Perusahaan Listrik Nasional Presentasi

Last week aku ker Surabaya meeting dengan coworker aku, Pak Soepriyadi.
Hari esoknya aku di bawa ke PLN Bali. Buat Presentasi untuk bebarang yang aku jaga di Region nii.

Aku kalau buat presentation , biasalaa. Bahasanya, rujak. Kejap cakap Indo, (macam aku cakap ngan Bibik). Kejap cakap English, ser-low-ly (macam aku cakap dengan Ah Yee Kominih). Nampak sangat tak pro. Hapa-hapa laa.

Bagi aku bahasa tuu penting. Tapi, yang lebih penting, isinya. Apa yang aku nak sampai kan, kesampaien.
"Bapak2 sekalian, saya amat gembira serta berbesar hati, sekiranya 100 persen, apa yang saya ingin sampaikan di sini, bapak dapat menangkap 80 persen aja. Saya cuba sedaya upaya untuk menerangkan secara jelas. Saya minta maaf sekiranya bahasa yang saya gunakan di sini serupa rujak ci-ngur. Kadang kala berbahasa Malay-Indo. Kadang English, Bercampur-campur gitu yaa.."

Rujak Ci-ngur (hidung Sapi)


Satu, lagi kalau aku buat presentasi, aku suka benor kalau participants tuu joint aku sekali. Kalau tak, hmmm ngantoklaa jawabnya. Aku sokmo encourange Q&A. Jump right away.
No Point of Stopping anybody to particpate. Lagi banyak bertanya kali syiok. Tapi kalau kat Asia Selatan nii sokmo participants diamm ajer. Dormant.
Baik Vietnam. Baik Siam, Baik Indo..

Elok ajer semua participant tuu dah really warm up. Kali Pak Nyoman, boss dari planning, bersuara.

" Bapak Jo,. saya ada satu soalan. Kalau desain dari Swiss Co. itu panta*nya Ae-Dae-Oh itu selalu nya mudah jatuh yaa..?"

Terkedu jap aku. Putting up a straight face. Aku pun jawab.

"Iyaaa, Pak Nyoman. Panta* memang se-gitu. Desain nya memang dibuat untuk mudah jatuh. Supaya proteksinya mudah berjalan. Yaaa."

Tengokkan muka Pak Nyoman, rasanya dia puas hati kott, dengan jawaban aku tuu
Hmmmm.

Labels: , , , ,

Tuesday, June 30, 2009

False Alarm

View from me-room..


View from Queen wharf..

Lepas letih menapak dengan Maam, Hari Senin Minggu Lepas tuu aku amek local Air NZ flight from Queenstown to Auckland. 1 hour 30 minutes.

Dua malam last tuu kitaorang dok kat Auckland laa. I tell you what, Swiss Co got 2 offices in Auckland. Part of me-job is to visit them.

One manufactures Unit Gelang Utama (OGU) for Export Market in Henderson. Mesia salah satu pasarannya. Aku ler tolong menolong jual kan ker GLC2. One, Keparat Opih, kat mana ntah, hapakernama Parnell..Ntah. Half day in Henderson. the other half in Keparat Opih.

Malam last tuu, aku tengah syiok tidor enjoy the udara sejok kering (sampai gatae kulit kaki tuu) the smoke detector went off. Niii nooo niii noooo. Aku ingatkan apa ?!. Called the Operator, the operator kata takdork mender laah (hmm,. but in NZ english laa).
Masuk lebih kurang 5 minit. detector tuu tak berenti. Aku call lagi. Kali nii, operator cakap follow the exit sign. Kiwak punya Operator Orang tengah syiok-syiok beradu. Kena turun tangga pulak. Udah ler kami berdua dok tingkat 10..

Aku selow-serlow pakai jacket, amek barang yang penting, passport, ticket etc. Ajak Maam turon. Bila emergency macam nii, sokmo, teringat kat bbudak yang kena tinggey kat mesia. Can we make it..?

Sedang elok aku turon kat tingkat 9, aku nampak sepasang suami isteri, lebih korang 60an laa. terensut-ensut tarik bag sebesar minifridge tu turon tangga. Kedebum-kedebum. Dalam hati aku terdetik, kalu next time travel, kalau boleh laa, masa muda sikit. Masa tengah ghrokk lagi..Ntah laaa. Nak wat guaner kann.

False Alarm


*****

Udah seminggu aku dok asyik pekena sashimi, kebab, unagi, miso,. tak kena sambal, kena ayam goreng belado kat Food Court Warong Indonesia niii. Puuuurgh best !!! Lahzat sunggoh. Tak sangka pulak Maam yang comey-molek tuu boleh makan serbanyak serbegini...

Labels: , , ,

Monday, June 29, 2009

Chch-Queenstown-Auckland - 2

Udah sampai kat Queenstown, Ahad Malam aku terus tidor. Letih woooo. 11 jam perjalanan. With evahh changing landscape. Kejap ada valley, ada kambeng, ada biri2, kejapa ada tasik, ada frost. Kejap ada gunong kontang..













In front of Our Hotel. Best Dok ??
Senin-nya esok flight aku ke Auckland pukol 4:45 petang. Pukol 7:30 pagi dah bangun. Suboh kat situ ntah pukol lapan kot. So, kitoarang ada korang lebey 7 jam laa. Nak makan-ronda-shopping-amek-gambor-menghirop udara nyaman-pelok-pelok packing-check out, naik shuttle pegi airport.
Ondeway upp to Gondola Ride.


Masa aku book hotel @ Queenstown, via Air NZ, tiket tuu ada bundled kan sekali gondola ride for extra NZDollah 1. Aku amek jer. Freeee...
On top of Gondola Ride.


















Queenstown was scenic, cold @ this time of the year, crisp, and frosty. Nok khabor snowy, dok jugak. Ada ingat Nak kepal-kepal snow baling maam,. tak cukop. Tapi,. dapat ler ghaser minus 2 tuu macamana. And I think, Frosty rather than snowy, is the rite word.

Yahooo.. ! I'm on the top of the world.


At the Gondola Ride, we just enjoy the scenic view, had a cup of Long Black. Hmmm.
(Kiwi nii suker benor kopi. Masa kat Exhibition tuu, Swiss Co punay stand pun siap hire one Barista. Buat Kopi).
Aku tengok macam best ajer bbudak naik Luge tuu, aku pun ajak Maam. Masa kat Singkapor dulu adala beberapa kali aku ngan bbudak try Luge. Tapi yang kat sini cam steep, plus the windchill factor tuu buatkan ianya lebih fun. Habis kecot segala baler..Haaaaaaaa

Can you Swiss Co's Father ?
After that, we walked around Queenstown. Shopping sambil menghirop udara nyaman.
Me and my big Juicy Persimmon, by the Lake..
By 2:30 we strolled back to hotel and waited for our shuttle to take us to the airport. Letih jugak. We need to exercise more next time.




Eh AhKak senior Junior.. Pueh ati a'ok ?Kwan letok gambor banyok nii. Haaaaaa. Fesbuk dok jalan.

Labels: , , ,

Friday, June 26, 2009

Chch-Queenstown-Auckland - 1

Lepas pada Exhibition yang diaorang buat pada hari Jemahat dan Sabtu tuu, Ahad tuu baru aku free sikit. All this while Maam dok me-nyopping ajer.. Great for her, at least she got herself fantastically occupied.

We planned earlier, taking touri$ty bus from Chrustchurch to Queenstown. 11 jam in total. With 4 short-quickie-toilet stops, 1 long lunch-break stop. The guide, Tom, is a real pro, provide us with some interestings stories, facts and figures.. Siap nyanyi2 lagi pakcik tuu..

Nice.
Somewhere near Canterbury Plains. That's what I remember..
Ditambah lagi dengan aku berdua ajer ngan Maam, maka bertambahlah ke-nice-an bustrip nii. . (haaa, jangan jeles taww).
Pulak tuu part of this trip is partially sponsored by the Grrreat Swiss Co.
He heee.
Near Mount Cook.
Sampai ajer kat Lake Pukaki (Hey, this one is one easy name to rememberlaa. Or was is Puk*ku, or Pakiku ?..) aku terserempak with some Malaysian Students. Me being me, terus ajer aku sergah diaorang. Terperanjat berok diaorang..
ha ha (Haper-ler Mala'un Tembam nii dok sergah anak orang nii)

(Woi ! Mesia ?. Nak kata Melayu kang, silap kena orang Indon, parah gak).

Agaknya diaorang tengok Maam kecik molek ajer, diaorang hingat Maam nii fellow students (haa..)

Sempat ler bergambar, bercerita, bertukar pendapat dan bersalam-salam, sampai nak kena tinggey bas laaa lagi.
Biasalah, being tourist, in a touristy route, semuanya nampak endah belaka...
Amender laaa,. takdork ser pun budok kontan..
Pilih Jo Pilih. (eh, boleh tahan jugok gatae-bighoh a'ok Jo..)

We safely arrived in Queenstown pukol 6:30. Dah pekat malam pun. Stayed at the Heritage fronting the Remarkables (gunung ganang bukit bukau sedikit bersalju)

I dunno why, but boy, I do feel like Brad Pitt dalam filem yang aku sempat layan flying in 3 hari lepas. Amender ker tajok criter tuu dengan Ms Blanchett tuu...
Nanti sambung yaaach.
Having Icecream Somewhere near Twizel..

Labels: ,

Thursday, June 25, 2009

Chch-Queenstown-Auckland

Bersarang sikit belog nii.

Tak sempat nak hapdet.
Boleh tahan jugak dengan aktiviti kelija-cum-jenjalan minggu lepas sampai terlupa belog nii.

*****

Minggu lepas aku outstation lagi.
Kali ni ker Cold and Blustery New Zealand. Macam dalam Winnie the Pooh tuu laa kot.
With Maam. Best tawww. Ada exhibition-presentation dan acara melawat kilang. Aku kira jadi macam spokeperson for some products laa. All this while, Ah Ken, dengan Ravin ajer yang ke NZ. Bagi can, haku laa pulak...

Last Thursday, we touched down Christchurch from Singkapor. Earlier when we booked our flight, we ordered MOML. (Moslem Meal), The way they spell Moslem tuu aku rasa macam tak syiok jer.
Aku dah agak dah, kalau order MOML, sure dapat nasik Hinndia. Kalau dapat macam Horijinal Kayu macam kat Kota Damansara tuu boleh laa tahan... Ini tak.

Anyway,


Biryani, Biryani, Biryani. Ada ikan masak kari.

Ditambah dengan Papadom goreng, Lama-lama boleh mereng..


Anyhow, the flight was OK. Sempat laa layan Satu Brad Pitt, Satu Liam Neeson dan beberapa joke tak senonoh Chris Rock. Sampai sengal bont*t laa dudok sepuloh jam. Ha haaa
Ntah hapa ker ntah, luggage aku dengan Maam delayed hari tuu. The next day, there was no Flight from Singkapor. The luggage only arrived the next next day. Aku dengan Maam hapa lagi. Shopppping. With a Capital asssss... Dah berumor skit nii shopping is no fun. Letih laaa.

But,
I got myself one nice belt.
An original NZ shoe. Hapa ker nama McIntyre. With deep mocha brown kalerr
Indon Made shirt with a pseudo cuff link.
and 5 pieces China Made for expensive NZ market, underwear.

The bill came up to be NZD 350 ++.

Maam punya, aku tak tauu...
Aku harap boleh claim laa from Insurance Co...















Labels: , , , ,

Wednesday, June 17, 2009

Singkapor

Cooti skoloh kali nii we headed down south. Again. Kali nii aku hangkot sekali Datok Ahmad. My daddy seemed so excitedly-eager to be back in Temasek, walaupun kenkadang to really dork ghrok sunggoh. He's 75. He was born and raised there, and I believe by driving him around the island will bring back some old, but still intact, nice sweet childhood memories.

Ehem, one elderly lady in the MRT even commented to me "You're one good son". Twice. ( he he, I know)


*****

Kali nii takdork dahh nak dudok otel-otel. Aku khabor ker bbudok " kita dudok dorm kali nii. dudok kat hostel" Arip sebok tanya aku "Abah2.. berapa star hoistel nii ?" Aku jawab "Suku star". Berkerot jugak muka Arip dengarkan suku star hoistel.

and it's suku star indeed. With shared bathroom and toilets. No bath towels. All 7 of us crammed in one room filled with double decker beds.

But it's clean. Well maintained hostel, and in a quiet neighborhood. and most importantly it's cheap, by $ingkapor standard laa.. It's somewhere near Kovan MRT, near the Punggol Nasi Lemak. Tuu pun aku baca blog mala'un mana entah., recommending the place.

Datok enjoyed it thoroughly, even with the bbudak memekak, kuuuk kiik-kuuuk kiik sokmo dalam bilik. (Me with my incessant jerits. "Hoiii, diam sikit boleh takk?") he heee.

Come meet the Kay Tees. Kopek Tajams.. haaaaaaaaa.








*****

Aku suka betol drive kat Singkapor nih. Road signs are aplenty. Semua orang drive slowly, just like me, Slo Jo.

Trees are well maintained. Landscape tip top. And I think the road is mixed with some kind of magic chemical solution that make Montrosity tires murmured, intead of rumbled. Senyap-Nyaman gitew yaach.

Dan pulak sekarang nii dengan Google Map, hmmm senang betol. Ditambah lagi dengan Pipa yang excited sangat baca sign board with her Robotic English.

"Peee Aye Eeeee, Eks-zit faif-teeeeeeen. Upppaah Serangoooon Rrroad.."

This is fun.

Labels: , ,

Thursday, May 21, 2009

LOTR

First Quarter results is officially out.

On the local Front, we're doing bad. Bad, like in not-so-good laa.
Other Countries fared even worse. Sampeii takdork amender nak quote, pun adaa.


Order in Hand is off by 30%.
Revenue's on track, 92%. Nothing special. Takdork mender punn. This is mainly based on what order-in-hand we had late last year.

Cash Flow, still fabulous, I must say. My own definition of Cash Flow is "Gaji Masuk 25 haribulan und Claim masuk 7 haribulan" Okay laa tu


The best part of all is on the Regional Front. On the very first Quarter, for Order in Hand, we're on the dot. Meet the Budget. This funny company, if you exceed the Budget, you kena. If you below the budget, lagi laa kena. The budget must be the same as we have promised earlier. Pelik dork ?

Honestly, meeting this budget has nothing to do with me. Me just a lucky Jo, being at the right place and right time. Dengar ajer result macam nii, aku pun mencanang laa pada Sami,. my 50% boss.

Dung-dung-chehhh.
Dung-dung-chehhhhh.
Dung-dung-dung-dung-dung-dung Cheeeeehh !


So I went..


"We're not only need to explore further on the important Markets like New Zealand, but we must also capitalise in on our know how and expertise to further strengthen our presence, there, especially on Outdoor Products.
Ebit can be further improved.
Each and every projects, be it a large or small one, must be realised.
We will operate like vacuum cleaner.
Each and every bit of order must be sucked in our book.
Read my lips, in our own cash-generating-machine.."



Kewl ajer Finn nii dengorkan bedo'oh aku..

But back of my mind, actually..


"Sami, a'ok tau dok, nanti bulan 'nam nii, winter dekat Southern Island. Biler winter ada-lah snow. Kwan lamerrr doh dok nengok snow. A'ok tengok-tengok kan laa kwan punya request for-all-expenses-paid-trip . Tenyeh jer laaa request kwan tuu..."


*****


Just now, it's just being approved. After short and sweet discussion, Sami tenyehhh. He heee.


Now I got a small Problem. A Good Problem. Mana mau korek phulus nii ?Maam nak itot.

(Kalau laki sayang bini, dia carik laa duit nak beli teket tuu. Hmmmm, kalau bini sayang laki, dia bayor balik duit teket tuu.) Ok kann.

Labels: ,

Monday, May 18, 2009

Hanoi's Traffic

I thought HCM City (Saigon) traffic was bad..

Hanoi was worse.

Dengan beribu-ribu motorsikal merata tempat, bertentangan arah, berlawanan arus, atas kerb, atas perjalan kaki, tanpa arah. Hmmmphh ! Sampaikan aku nak jemberang jalan pun aku ajak, my colleague, Huong skali. (Do you that Huong is pronounced as Herng!, with terperanjat intonation, always. Kalau intonation salah jadi mender lain pulak. Hmmm. Cemana la bini dia nak panggil dia tidor ? Herng ! Herng !!..)


First day aku sampai, terperanjat beghok jugak aku dengan traffic nii. Sampaikan berdetup-detup pening kepala aku. Aku ingat, for sure, ada yang mati kena langgar, ada yang kena gilis,.or at least, teksi yang aku naik tuu tuu kemek ker, kena himpit dengan lori. Tapi, takdork pun..Bbudak sekolah main jalan-jalan jaywalking ajer.

A room with a view


Tapikan, bila dah last day tuu kat sini dan kepala dah aejah sikit, aku macam suka pulak. Tengokkan kelam-trafik-kabut-hirok-pikuk dari dalam teksi Chevy Spark Comel ber-aircond. Nyaman..




I'll definitely be back.




This is what huru hara is all about..




















Tell me please, how am I gonna cross the road ?

Labels: , ,

Wednesday, May 06, 2009

Family Day - KTJM

Lemme try to exercise my brain here. From the left. - Apis, Mamat, Kak Long Nurul (Banyoknyer laa Kak Long), sapa niiii, Kakak Giant, Ajim, Giant, Arip, Dilla, Pipa, Maryam, Ankejong..

Maam datang dari keluarga yang besar . Sembilan kesemuanya. Semuanya telah berumah-tangga dan mempunyai anak-anak sendiri.

Setelah beberapa minggu membuat persiapan rapi, minggu lepas kami buat hari keluarga belah Maam di Pantai Batu Hitam, Kontan. Semua ahli keluarga ada.

Huissh, ghameinye-lah anok sedara, sampai aku pun tak tahu berapa orang. Cucu sedara pun ada !.

Mak Loang ada sepuloh. Mak Wan tiga. Mak Mah lima. Aku,. he he, enam. Lastly, aku lost count.

Anyway, bila jumpa anok-anok sedara ghamei2 nii aku suka jugak bborok dengan diaorang. Tengok pendapat diaorang. Dengar cerita diaorang. Bertukar-tukar idea dengan dioarong. Whats new with the teenagers..

Aku jumpa Mat Usop. Entah Form One ker Form Two Mat Usop nii. Aku pun tak tau dan tak inget. Aku nampak Mat Usop pegang handphone. S-Ericcson, mebbe di-per-thu-ghonkan dari kakaknya kot.. Ntah
“Mat Usop, tengok handphone boleh ?”
“Boleh” Mat Usop kasi aku handphonenya, cool-ly. Mat Usop nii memang jenis tak banyak cakap..
“Ada lagu apa dalam nii? Bole tengok tak, Mat Usop ?.”

“OK..” jawab Mat Ucop nonchalantly.
Aku browse, ada la berbelas-belas lagu. OK laa nothing special.

Ada lagu nasyid.
Ada sample azan.
Ada Ngaji alQuran.
And a few of Indo Pop Band, ehem,. yang aku suka. Nothing extraordinary. Alhamdulillahh. Mat Usop nii anak Uztad. Kira okeh laa tuu...

Infact kelmarin pun, aku buat benda sama dengan Apis. Apis nii ntah darjah lima ker darjah enam, pun aku tak ingat.

Aku browsed handphone dia, banyak jugak lagu. Lagu Hiphop, Linkin Park ada. WWE. Indo Pop pun ada.

Yang peliknya tuu, lagu yang aku tak pernah dengar pun ada !. Aku tanya Apis pelanpelan.

“Apis !, Sapa nyanyai lagu nii ?,” Maleh-laa dan tak sedap laa kalau orang lain dengar, sambil tunjukkan title lagu tertera..

"Oo tuu.., tuu lagu Indonesia,. Irwan Shah."

“Hmm,.. budok2 jamae loning.. kecik-kecik pun dah dengar lagu macam nii...” hati aku berbisik.

"Apis macamama nak bluetooth lagu nii kat Ayah Chik..?"
"Ayah Chik nak jugak dengar Ku Tunggu Janda Mu nii”..

*****
This is the real deal nasi Dagang near Kampung Sg Karang Darat. Ganu-style



,

Labels:

Monday, February 16, 2009

Weekend Getaway

Cuti Thaipusam lepas we decided to go to Desaru. Hmmm, Why Desaru ? Simple. Aku tak pernah sampai kat sana laa.

Before the trip, tanyakan member2 aku,. "how's Desaru ?" Mostly answered,. Jauh laa Jo. TJBtndg. Tempat Jin..

Balik rumah, tengok Malaysia Map dalam bilik Pipa, and only to find out it is jaoooh. Se-jaoh Trengganu. Roughly 420+ km. Which is good, because I'm in a mood for ~ driving. Yeahh !

Apa ada kat Desaru ?




Surprisingly,. Takder apa.

Ada so-so-boleh-laa beach.
Ada so-so-boleh-laa hotel with not so well maintained, not so clean big swiming pool. (abis kulit anak2 aku gatei-gater. BTW, My Sungai Belat toughened kulit has no problem with dirty swimming pool).
, dan ada katil lembik melayot.

Sakit belakang hakuu.

Ada Bandar Penawar, with it's many institutes and schools. And that's it !.





But, the whole family ikot. The whole family is together-gether. And the whole family is sehat belaka. Dilla, Ajim, Arip, adn Pipa were having a Ball. (Whereas, dua anak dara tuu complaining, takdork Internet access.)

And That's very Important. And that's is fun is all about. Being together











Leeeepak



Dart throwing Arip !!

Labels:

Thursday, January 01, 2009

Ganu ~ Park Tri - SIP*

Happy New Year
Semoga Murah Rejeki
Semoga Lebih Bahagia
Sentiasa Diberkati Illahi

Happy New Year
Semoga Panjang Umor
Semoga Bertambah Ceria
Sehat Slalu Sokmo

Happy New Year
Krisis Kredit tiba
Muram tidak Melanda
Belanja Berpada-pada

Happy New Year
Allah Anugerah Nikmat
Jauh dari Malapetaka
Keluarga Semua Selamat

*****

Macam anok2 askar lain, yang takmo kalah,.
Orang pergi Ganu. Kite pung pegi Ganu.
Orang pergi Tamang Tamadung Islam. Kite pung pegi jugok.
Orang Pergi Pasar Payang. Kiter pung pegiiiii.


Dekat Pasar Payang, ada jual pelbagai barang. Kain, pedang, keris, ikan, kacang, tlor peyu..
Bijik gajus dari Siam pun ada. (What do you call bijik Gajus in Ganuspeak ?)


Pada normalnya, kalau beli bijik gajus nii, people would buy it by the grams. 200 gm ker. 100 ker ?


Aku tidak. I bought it by the kilos. Mengunyahmakan bijik gajus amatlah sedap.


Butir by butir,
one at a time.
Gengam by gengam,
after some time.
All the kilos, finished, in no time.


******



T'was few days ago.

Hari nii, lutut aku dah tak boleh lurus. Kena Bengkok ajer. Tambah lagi dengan bekal maklang kasik. Sambal manis tempe-kacang-tanah-ikanbilis by LadyBug Kitchen. Premium Pack lagi.


Haaaaaaaaaaadoiiiiii..


Bila dah sakit macam nii, aku pun jadik macam Ajim. Ajim-tua, seeking for maam's attention.


"Ni lutut nii sakit, tolong rasa sikit kat sini. Ada rasa panas tak.."


Maam, being the loving-caring wife that she's, pegang la lutut aku, caressing. Rasa aku, pada ketika itu, dan pada saat itu, takder lagi perasaan yang lebih indah. Bila sakit, ada orang yang caring.


Elok ajer, aku rasa, beberapa belas saat selepas tuu, aku pun tambah lagi.


"Cerrr naik atas sikit tangan tuu.."


"Hish.. bighoh-nyer orang tua nii !. Makin Sakit, makin Gar-lork lagi dier !"

Woooooooops de wooooops.






* Self Inflicted Pain.

Labels:

Tuesday, December 30, 2008

Ganu ~ Park Tuu

Lemas haaku tengokkkan rambut bbudak nii dah panjang sikit..


Bila dah boring dok lama sangat dalam kereta, macam2 la anak2 aku tuu buat. Seeking attentions.

Ajim dok cakar Dilla.
Dilla dok tendang Arip.
Arip Cucok Dilla.
Dilla nak chu-chu.
Ajim nak kencing laa.

Macam-macam laa. Sampai Afiqa yang sulong tuu pun boleh menyakat adek2 yang kecik tuu. (Heyy, geramnya hakuu as the driver. I cannot concentrate, tackling on the undulating corners at Bukit Batok...)

Anyway, The best solution is to stop at the next R&R. Bawak semua bbudak kluar.
Pergi main kat TPM (Taman Permainan Kanak2).
Let the body rests.
Get some Fresh air.

and Pekena kopi on kaw-kaw, albeit korang manis.

*****

That's exactly what happeng on our way to KT last week.

Elok ajer beberapa minit dari Dungun, Arip merewel (bibikspeak). Arip nak keropok lekor. Since Aku memang dah dalam mood-perchotian, mood makan-angin, takder la merungut sangat. Still tolerable.

Beritahu Arip, we will definitely stop, once we see any Keropok Lekor Stall. Dengar ajer explanation macam tuu, diam kejap Arip. Kejap ajer laa tu

Selang beberapa minit, maka Ter-Nampak-la satu stall aku keropok Lekor. Aku pun berhenti. Tanyakan ker Ah-kak tuu "Kropok lekor Goreng ader dok ?"

"Takdooork.. Hok yang ghebuh jer tinggaaa"

Not to frustrate Arip aku pun beli la sikit, buat munching2, Hok yang ghebuh..

"Arip Krepok yang Goreng nii takder. Ada yang rebus ajer."
Elok ajer arip dengar aku explain, dia menjawab

"Orang Trengganu ni pemalas ker ? Diorang tahu rebus ajer, tak tahu goreng ?.."


Ewah ewah ewahh..Heh !! Budok sekorr niii,. aku chili mulot kang. Pandei sangatt. Dengor dek orang Ganu kat sini kang...



Labels: ,

Wednesday, December 24, 2008

Ganu ~ Park Wang


Niii Pipa nak show off kat Boh dia, dia boleh Synchronised Swimming. Tapi, Arip nii, kacau daun ajer...

*****

Choosing holiday place for the kids is easy-peasy.

First, the place must have swimming pool.

Second, breakfast must be included. After several minutes in the pool, semua kebulorr.

The hard part is to kumpol-ing the moolah... Sa puloh sen, sa puloh sen..


*****

On my way back to KD, from Kerteh, I picked up Datok Ahmad & brought him back to KD. Earlier, we were lavishly fed with superb dinner served with fine China. It was made even better meeting one jelita-manis blog-o-friend who was in the same school, moons ago.

Datok figuratively injected me with one endorphino-botox jab, which I think may last until next year. It also made late night driving bearable. (Sebak kawang dok perasang muder sokmo)... Ha ha ha.

We'll talk 'bout that later laa...

Along the way, I had a chance to talk to my daddy. And Datok pun bertanya "Hari tuu dok kat mana di Kuala Trengganu ?"

"Adalah satu cho-kia place Bah.. Near Batu Burok"

"Cho-kanna, cho-kanna pun ada swimming pool." tambah Datok lagi.

There are few words whenever I speak with Datok that I have no clue what it's. Words like cho-kanna, memakcakap, & makjujat. Is Makjujat and Maknenek same ?

"Cho-kanna tuu datang dari mana ? Mebbe it'was one lousy place near Singapore.." I asked him later, knowing that he was born and bred in Singapore.

Datok pun tak tahu nak explain..

Labels:

Monday, December 01, 2008

Sejok

What'd you do if you're stuck in a Blardy jam ? For me, it's easy. Fiddling with my Chokia laa. Call member sana. Sms member sini. Tanya khabar orang itu. Best of All, Baca blog.

That's exactly what I did when I was terribly stucked, along the way, from Kea Farm to Tanah Rata, via Brinchang. Sms to my buddy.

*Woit ! Haaku stuck udah berjam nii Ondeway to Brinchang*

All I got from him, is a nice reprimando-perli-like reply, only friends capable of.

*Only fools go to Cameron Highland during the school holiday...Ha ha haa*

Aiyaa, looking miserably at the not-moving traffic, I realised I am a Fool.

Lucky for me, all of the kids are soundly asleep and Monstrosity's sechszylinder is just purring nicely like a well-fed cat. Hmmmmmmm.

******


Dengan Musim Tengkujoh yang baru masuk nii, Cameron Highland is C-O-L-D. Cold for me. And even cold-er for Maam. Kalau sejok-sejok niii....

Agaknya bila berumor sikit, perubahan pada penurunan suhu, memang amat terasa. Tapi, tidak pula pada bbudak..

"Ajim suka sejuk. Ajim Suka aircond. Best. Ajim nak dudok lama-lama tempat sejok nii."

Dan Dilla siap tak nak pakai jaket lagi.













Dilla baru 2 tahun. Abang Ajim 4 tahun. Tapi, nampak gayanya Dilla's growing vertically macam Boh dia.

And Ajim, horizontally.. pun macam Boh dia.
******
Looking at the kids enjoying themselves tremendously, mebbe, I think, I'm not such a fool, afterall.

Labels:

Friday, October 31, 2008

Deepavali Break - Part Two.

Biasa la, bila naik Air Asia, makanan ker, ke-kunyahan ker, dia dok bagi free. Hok yang tuu, kena bayar. Sebab naak sangat rasa makan atas langit, Afiqa dan Afifa order macam bapak dia nii, chop duit ker haper..


Anyhow, lepas abis makan, Pelayan2 Merah tuu mulalah menjual souvenir. Duty free goods, Free advertisement caps, dan apa segala menda yang aku tak interested pun. Aku bukan penggemar Cap. Nak Pulak yang Dato Toneeh tuu dok selalu pakai. Kita yang bayar, orang lain yang dapat free advertisement.

Hmm, merokok pun tidak. Perfume, beli yang jenis tak berjenih kat Tesco pun dah memada-i.


Maka, Pelayan2 Merah, tuu tarikla trolley dari belakang, sambil separa berkata, souvenir2 !, duty free goods !, caps ?!.. Macam masa aku jaman bbudak dulu. Aku kata nasi lemak-nasik lemak !, mee rebus, mee rebus !. Masa dalam kem Batu Sembilan dulu. Puluhan tahun dahulu laa. Hmmm, teringat pulak masa aku jual mender2 yang arwah mak aku masak ke dalam barrack orang bujang.


Anyway, bila diaorang sampai kat row aku, pelayan tuu tukar pulak sebutan. Dari souvenir2, duty free goods, caps-caps to Perfume-perfume. Sambil angkat folder-price-list ker hidung.


Afiqa pandang aku.

"Abah Nii....." separa senyum, separa concern. Separa macam bengang.

Aku pandang Afiqa.

" What.." aku tanya Afiqa, softly. Separa buat-buat tak tahu, separa buat-buat blank. Separa buat derk.


Afiqa pun ada angkat kening, separa hot..


"Oooh, thaaat...." aku beritahu Afiqa sambil tunjuk ke hidung.


" Tuu Penangan Protein Nasi Padang laa.."


******

I made a small research. In the cabin, Air Asia's relatively new Airbus A320 is comparative-ly quiet-er than MAS' decade-old Boeing 737. However, it's not quite enough to un-mask the audible noise of the gas releasing process. In other words, the noise inside the cabin will mask GRP noise. Get it ?

Next time, if you are hesitating, trying to hold back the gas, don't worry. Just Do It. Uninhibitedly Release it. Take it from me. Nobody will hear it. I made the research already..


Labels:

Wednesday, October 29, 2008

Deepavali Break - Part One

Kalau udah Tembolok Melayu Berumor (TMB) tuu memang macam tuu la. Nak buat macamana ?



Tembolok Melayu Muda (TMM) macam Afiqa atau Pipa boleh juga hidup dengan Pizza, KFC atau sekarang nii, trendy sushi. TMB tak boleh. TMB kena carik nasik. TMB kena carik sambal jugak. Kalau ada petai atau sambal ijo, lagi best..
Even before aku checked in, on the way to the Hotel, aku dah tanya Pak Imam Supir, kat mana ada Nasi Padang yang ter-best sekali in town. Dia beritahu beberapa nama yang aku pun familiar jugak. Restoran Sederhana, Duta Padang, dan Asahan. Kalau nak rugged, lesehan tepi kali lima tuu pun boleh.
Pernah dengar tak ? The more rugged the place is, the tastier the food. (Remind me of Line Clear in Penang, siap tikus menrayap lagi..nyummm.)

"Hmm, Natrabu takdork ker ?" aku tanya dalam hati..

After taking a quick shower, kitaorang pun amek taksi and rushed straight to Restoran Sederhana. Lemme tell you this, there's nothing Sederhana about this joint. Overpowering Sambal. Intoxicating-ly menyucok Masak Lemak..
Belom apa2 lagi, Afiqa dah order Es Teler. Pipa, sambal udang petai, dalam dua piring dara. Aku jadi sucker. Ha ha. Tukang hisap sambal udang petai Pipa, supaya kurang pedas. Laju pulak Pipa makan sambal Udang Petai. Nii sohih ikot maam ni. Nak yang pedas sokmo.

Se-pelesup ajer kitaorang abiskan selected dishes atas meja. Ayam Goreng Berempah. Daging Dendeng sans berlado. Sambal Ijo. Singkong Lemak. Singkong rebus. Ayam Masak Lemak. Sup Buntut. Sayor Lodeh. Lalapan. Sayoran mestilah dilebihkan. Dietary fibre maaa..

But, along the way, we really have to be discipline enough to say NO-NO to Tunjang Lemak.
Big No-No Paru2 goreng. Clearly no to Otak Sapi. And Say No to Telur Ikan. Buatnya tak berjalan esok baru tauu.

But then, vat-tu-du laa. The waiter just simply piling up the dishes as they'd normally do in Nasi Padang Restaurant.. Tengok jer laa.

But something went wrong that nite. The normally delicious Jus Alpukat, tasted weird. Mebbe we had too much, kot.. Alhamdulillah, tak pulak cirit birit paginya esok.


Dun even think to touch the brain.

Labels:

Tuesday, October 28, 2008

Jump - Deepavali Break

I was here and at Prambanan for short Deepavali Break.

Being a licik copycat, we tried some of the tried and tested photo poses.

OK dok ?

Energetic Fiqa and launching Pipa



Berat woo mau launch the mass.


weiii, I can still Jump..

Labels:


www.flickr.com
topi jo's photos More of topi jo's photos
www.flickr.com
topi jo's photos part 2 More of topi jo's photos
 

Free Web Stats