Jo Kontan

Thursday, May 28, 2009

World According to Arip

According to Arip (my son, the boy !), there are 3 type of bikes exist.

  1. Moto Rae-ching : This one revolves around Moto GP and the likes. The rider normally dons a full leather suit with a very hard knee cap protection to scrap the circuit.

  2. Moto Terbang : This is what we, normal people, call Motor X. MotorCross. Sometime the competition is being held in a Huge stadium and and some other time, outdoor. The word 'terbang' comes from the flying-jumping action

  3. Moto NK : This is what Harley and the cruiser meant to Arip. It's a short form of Moto Nampak Ketiak.

******

Semalam masa aku tengah round-round dengan my beloved Nasional Skuter, with Arip and Ajim riding along, Arip tanya aku. Biasala kalau anak jantan nii tanya, the intonation, semuanya flatt ajer. Tak ber-emosi lansung. Tak macam Pipa. Kalau tanya tuu siap dengan angkat-angkat kening and full hand-gestures.

"A_bah,__, Abah,_ tau tak buat bunyi pret-prett-preet, bila letak tangan bawak ketiak tuu. Arip tauuu__"

(That's my Boy..Kalau takder anak jantan, tak pulak tau macam nii punya pe'el tak senonoh pun ada)


Anne about 6 years ago. Can you see the similarity with her Brother, Arip ?
Arip. 2 weeks back.

Labels: , ,

Monday, May 11, 2009

Happy Mother's Day


Mother's Day tahun nii lain skit.

Lain Macam sikit laa, to be exact.

We kinda celebrato-go-thru-it, in, hmm, Hospital !

Selepas balik dari Hari Keluarga di Kontan, Afifa mula demam. Ajim pun bengkak di kelenjar bawah rahang. Dua hari laa, diorang tak pergi sekolah. Masuk Hari Rabu lepas, Afifa dah mula me-re-wel. Ingatkan biasa. Afifa Nii memang over expressive sikit.
Sakit.. Sakiiiiiit. Manalah pulak datang gene over-expressive niii ?

Dah masuk tiga hari tak baik demam, plus, dengan rewelan dia, Maam hantar masok spital.

Kemudian Ajim pulak masuk.
Malam Jumaat tuu Dilla pulak naik temperature, dan muntah-muntah.
Arip checked in on Saturday.

Aku bersyukor laa, ada Maam. Everything is taken cared of smoothly.
Aku bersyukor jugak ada bibik, jaga bbudak kecik kat ward. Everything went smoothly.
Takder pulak aku rasa macam terok sangat.

Mebbe, experiences went thru this before taught me well. Alhamdulillah..

Dan aku juga bersyukor ada dua anak dara yang dah besar tuu, jaga rumah. Lipat kain ajer ada kurengg sikit..

*****

Mebbe, next time I have to be more careful on Public Swimming. Especially, yang macam kat Black Stone Resort kat Kontan tuu. Takdork Filter. Air kekuningan berkelodak halus. Hmmmm.

Labels: , , , ,

Thursday, February 12, 2009

Arip & Lion Dance


Arip nii macam aku masa kecik2. He he. Penakut. Aku takut Laut. Takut Kepala Keretapi. Takut banners Maulidur Rasul masa dok dalam Kem dulu..

Tapi, Arip takut dengan Lion Dance. Takut Betul dia. Knowing the scary-sickening feeling before, I believe I know exactly how he feels. Tuu la yang best nya jadi bapak nii. One get to re-live good-scary childhood memories. He he.

Musim2 CNY nii memang la banyak Lion Dance performing.
Dhunggg..Dung-dung cheh.
Dunggg..Dung-dung cheh.

Masa kitaorang ker Giant ker, Tesco ker, kalau Arip dengar ajer ada Lion Dance kat situ, mampus dia nak keluar dari kereta. Boleh pulak, berjam-jam dia tunggu dalam kereta. Once, sempat dia lari dudok bawak meja. Cemas betul dia.

Minggu lepas, aku ada la hinting-hinting, beritahu dia mebbe aku ngan Maam planning nak ke Beijing. Our normal-plan-tak-sudoh exercise. Takmboh dia nak ikot. Ajim beritau-nyakat dia, "Ayep-ayep, kat China ada Layen Denz tau.."

*****

Beberapa hari lepas, aku dok layan laa TV ngan Arip. Dia sebok nak tengok (biasa-lah-kan) Nickelodeon, or, Cartoon Network. Aku amek remote, aku tekan Awani. Tengok perkembangan Perak, yang memualkan. Nasib baik mood dia baik hari tuu. Takder pulak dia nak merengek-bebel ker, suwoh tukar channel. Sempat laa jugak berborak tanya aku. Kenapa orang hitam tuu dapat scroll dari Sultan. Aku beritahu Arip, orang hitam tu Menteri Besar Baru Perak. Yang rambut putih, bagi dia Scroll tuu, Sultan Perak. Dua-dua tuu Ketua Negeri Perak.

"Siapa lagi Power Abah ?" "Sultan ker Menteri Besar ?" Aiseymann, silap laa aku beritahu dua-dua tuu Ketua. Biasa-la-kan, bila tanya soalan macam nii aku kata, gi tanya Mama. Tapi Maam takdork pulak situ.. Hmmm

"Menteri Besar laa lagi Powerrr,. MB tuu ketua kepada Rakyat Perak. Dialah yang ketua.. Sultan tuu ketua jugak. Tapi power dia kurang." Aku pun tak sure sangat jawaban aku okeh ker dak . Biasalaaa.

Kerja aku pun macam tuu. Kalau tokleh nak convince customers, confuse them. 20% of my time, I'm doing that, confusing the customers..

And that works ! Arip pun diam. Good for few minutes jugak. Aku pun kira macam lega laa.


Elok ajer beberapa minit Arip pun bersuara. Dengan selamber ajer tanpa sebarang emosi. Tanpa sebarang perasaan.
"Abah, kalau Arip jadi Menteri Besar kaaan.."
"Kat semua negeri tuu Arip suroh, tokleh main Lion Dance.."

Aku nak tergelak pun ada. Ada nak terkedu pun ada. Tapi, aku dengar ajer laa..

Labels: ,

Tuesday, December 30, 2008

Ganu ~ Park Tuu

Lemas haaku tengokkkan rambut bbudak nii dah panjang sikit..


Bila dah boring dok lama sangat dalam kereta, macam2 la anak2 aku tuu buat. Seeking attentions.

Ajim dok cakar Dilla.
Dilla dok tendang Arip.
Arip Cucok Dilla.
Dilla nak chu-chu.
Ajim nak kencing laa.

Macam-macam laa. Sampai Afiqa yang sulong tuu pun boleh menyakat adek2 yang kecik tuu. (Heyy, geramnya hakuu as the driver. I cannot concentrate, tackling on the undulating corners at Bukit Batok...)

Anyway, The best solution is to stop at the next R&R. Bawak semua bbudak kluar.
Pergi main kat TPM (Taman Permainan Kanak2).
Let the body rests.
Get some Fresh air.

and Pekena kopi on kaw-kaw, albeit korang manis.

*****

That's exactly what happeng on our way to KT last week.

Elok ajer beberapa minit dari Dungun, Arip merewel (bibikspeak). Arip nak keropok lekor. Since Aku memang dah dalam mood-perchotian, mood makan-angin, takder la merungut sangat. Still tolerable.

Beritahu Arip, we will definitely stop, once we see any Keropok Lekor Stall. Dengar ajer explanation macam tuu, diam kejap Arip. Kejap ajer laa tu

Selang beberapa minit, maka Ter-Nampak-la satu stall aku keropok Lekor. Aku pun berhenti. Tanyakan ker Ah-kak tuu "Kropok lekor Goreng ader dok ?"

"Takdooork.. Hok yang ghebuh jer tinggaaa"

Not to frustrate Arip aku pun beli la sikit, buat munching2, Hok yang ghebuh..

"Arip Krepok yang Goreng nii takder. Ada yang rebus ajer."
Elok ajer arip dengar aku explain, dia menjawab

"Orang Trengganu ni pemalas ker ? Diorang tahu rebus ajer, tak tahu goreng ?.."


Ewah ewah ewahh..Heh !! Budok sekorr niii,. aku chili mulot kang. Pandei sangatt. Dengor dek orang Ganu kat sini kang...



Labels: ,

Thursday, November 27, 2008

Arip Performs

Takder laa extra ordinary.

Takder taa super outstanding.

Tapi, Arip did perform. Anak haaaku... Kat depan pulak tuu. Hopefully this will help his confidence in the future.


Tahun depan, Arip masuk darjah dua. This was video-ed during the pre-schoolers' graduation at his school. Hmmm, nowadays, pre-schoolers pun ada graduation. ~

(sorry for user-slow connection for the big-gish 73 Mb, 3plus+ minutes video. Kalau rasa lama sangat takyah upload laa.
BTW, I got this zuper-extra-gemok-Moto-Moto Jalur in the Office..)





Labels:

Monday, October 20, 2008

Jamuan

I have a question.
Bila Fiqa abis PMR last Friday, siapakah orang yang ter-paling lega in the household ? Cepat-cepat. Siapa ? Siapa !?

The Answer.

Maamlaa. He he haa

Maam's so legaaa, that on late Friday nite, she decided that we should've Arip's besday cum open house kecil-kecilan on Sunday. Soo legaa, sampai boleh masak laksa utara, bubor lambuk, nasi ayam, yellow corn puddin' with sauce for about 50 plus people. All by herself and no catering. And with nicely done props and segala bala mak-datoks..

And..

Apa Bapak Afiqa buat selama Maknya memasak ?. Dok ajerr laa. Tolong beli grocery and most importantly, bawak pengacau Dilla, Arip, dan Ajim jalan2 supaya tak mengganggu Maknya, concentrating.

The Jamuan went well. Arip is so Happy. We are dead tired by 10 and one blogger happy-cheery family turned up..

Hey, another question.

Apakah Arip buat apabila dia teramat gembira ? Dia tak berhenti-henti bercakap..

Can you see rantai and apa bala anting2 Dilla ? Mak datok ! Besar Ibu jari kaki tuu..



Labels:

Thursday, July 31, 2008

Do You Know Your Kids ? - Part Jeloh

Pok Mie went to JKT the other day. Knowing my juvenile inclination of Indopop Band, he bought me an Album. A Compilation CD. Ori lagi tauu. Ada Letto, Nidji, Ungu, Bunga hapakernama, Melly and Gita Gutawa. TYVM, and automatically, I dunno why, I owe him a Mexican Lunch. A burrito or mebbe a chimichanga..


Dan pada malam harinya, on weekday, biasala, bila orang tak ramai, aku angkut Ajim, Arip, dan Pipa ke Tesco for Grocery Shopping. Armed with tangan kiri yang dah gatal nak fwd and surfing, aku masukkan cd baru tuu dalam player. Sampai ajer track no 5, aku rasa aku familiar dengan lagu nii. Haperkernama band ni,. Matta ?


Hmmm,.Kat mana aku dengar niii ? Aku biarkan ajer lagu tuu terus terpasang..


Sampai ajer part chorus tuu tiba2 Arip dengan Pipa menjerit dalam kereta. Joining in the the Band..

Wooo-Oh,. aku Ketahu-aaannn.
Pa-ca-rann lagiii, dengan dirinya.
(with much added emphasis on the Pa-ca-rannn part)



Gulp !. Tergamam-terkedu kejap aku masa tuu..


"Woi-woi-woiii,.. mana korang belajar lagu nii ?" aku intercepted, tanya diaorang dengan rasa macam tidak ada selera makan.


"Alaa abah, lagu nii ada dalam kereta Najib..Dia selalu pasang. Selalu pun ada dalam radio."



Listen, lemme tell you this. There are still things that I don't really know about my kids.

And the answer is not with them. It's with me. They're just like sponge. They'll absorb everything around them. It's for me to find out what is their surrounding. Hmmm..


Anyway,. now, everytime I'm in my car with Ajim, he always asks me,.


"Abah, abah,.. pasang lagu no 5.."


pa-ca-ran lagiiiii dengan dirinyaaa.. Ihiks

Labels: , ,


www.flickr.com
topi jo's photos More of topi jo's photos
www.flickr.com
topi jo's photos part 2 More of topi jo's photos
 

Free Web Stats