Jo Kontan

Wednesday, September 02, 2009

Parenting 302

Afifa nii suka bercakap. Suka bercerita dan suka sangat attention. Kalau kat sekolah tuu dialah nak masuk pidato, dialah nak masuk bercerita. Syarahan dan sebagainya. Which is Great !!.

Yang jadi mangsa,. Maam. Prepare speeches. Prepare baju sukan laa. Jahit Baju bendera sekolah. Prepare laa apa segala baler.

(Aku, on the other hand, masa jaman-jaman sekolah rendah dulu, diam ajer. Malu nak kedepan. Takmoh bercerita. Loner and Timid. Ada dikit-dikit macam Ajim.)


Anyway, kelmarin syiok betul Pipa bercerita dengan aku. We're talking about health in general. Being lean, healthy and muscular..


Tiba-tiba, macam kebiasaan laa. Pipa bercerita. "Abah, abaaah tau tak Kiera Knightley tuu lean tau. Dia ada six packs lagi. Tapikan baah, tete* dia kecik.."


(Haa, what's it that !!) Woops, terkedu kejap aku. Trying to stay calm and divert the topic, aku tanya Pipa.


"Sapa pulak Kiera Knighley tuu?"


"Alaaa, abah nii, tuu pun tak tahu ker. Yang berlakun cerita Pirates of Carribean (sp) tuu. Dengan Johnny Depp.."


"Hmmm...OK.."



******


Anyway, aku teringat pulak jaman aku masa kecik-kecik dulu. Jaman, Baya-baya pipa. Kemungkinan besar, masa tuu dah darjah lima. Sebab masa tuu dah pindah ker blok Sarjan kat Kem Batu Sembilan tuu.


Ada jugak aku beritahu Datok (boh aku ler) macam cerita lebih kurang macam cerita Pipa..

"Abah, abah tau tak TUDM tu apa ?"
"Haa Apa tuu ?" aku tak ingat pulak expression Datok macamana masa tuu. Dia tengah hangin ker,.. dia kewl ajer. Ntah.


"TUDM tuu kaan, Taik Udang Dalam Mangkok"


Without any warning. Pelepak ! Kena tempeleng sekali. Aku terpinga-pinga hari tuu.


******


Jaman sekarang nii,.Dengan Pipa kali nii , aku boleh joke-joke lagi.

Labels: ,

Monday, May 11, 2009

Happy Mother's Day


Mother's Day tahun nii lain skit.

Lain Macam sikit laa, to be exact.

We kinda celebrato-go-thru-it, in, hmm, Hospital !

Selepas balik dari Hari Keluarga di Kontan, Afifa mula demam. Ajim pun bengkak di kelenjar bawah rahang. Dua hari laa, diorang tak pergi sekolah. Masuk Hari Rabu lepas, Afifa dah mula me-re-wel. Ingatkan biasa. Afifa Nii memang over expressive sikit.
Sakit.. Sakiiiiiit. Manalah pulak datang gene over-expressive niii ?

Dah masuk tiga hari tak baik demam, plus, dengan rewelan dia, Maam hantar masok spital.

Kemudian Ajim pulak masuk.
Malam Jumaat tuu Dilla pulak naik temperature, dan muntah-muntah.
Arip checked in on Saturday.

Aku bersyukor laa, ada Maam. Everything is taken cared of smoothly.
Aku bersyukor jugak ada bibik, jaga bbudak kecik kat ward. Everything went smoothly.
Takder pulak aku rasa macam terok sangat.

Mebbe, experiences went thru this before taught me well. Alhamdulillah..

Dan aku juga bersyukor ada dua anak dara yang dah besar tuu, jaga rumah. Lipat kain ajer ada kurengg sikit..

*****

Mebbe, next time I have to be more careful on Public Swimming. Especially, yang macam kat Black Stone Resort kat Kontan tuu. Takdork Filter. Air kekuningan berkelodak halus. Hmmmm.

Labels: , , , ,

Sunday, April 26, 2009

Spare Tires

Semalam lepas jumpa sedara mara aku, lepas kenduri kawin sepupu aku kat Saujana Impian, sempat laa balik rumah sebelum Maghrib. Lately, 3-4 hari nii memang panas semacam. Berdenguuung !

Daun-daun pokok haperkernama, kat tepi rumah aku tuu banyakklaa bergugoran. Kering bersepah-sepah. Tengokkan daun-daun tuu, aku rasa lemas semacam. Aku sapu, aku bakar daun tuu. Best ! Contributing to the Global Warming according to Afiqa. Haper-haper laa. Rasa lega sikit bila takder sampah sarap daun-daun kering nii.

Bila dah nak Maghrib, entah apa kena Arip, Ajim, dan Dilla, semua nak mandi kat bilik aku. Aku pun takder le nak suwoh diaorang mandi kat bilik diaorang. Aku dengar-mengalah jer. Takda pulak aku nak mandi kat bilik diaorang. Cuma aku ber-lenging, bertuala, tunggu peloh campur asap yang melekit-berlengas tuu reda sikit.

Pipa masuk ajer bilik aku, terus aja dia komen.

'Abaaah ! Oh My God ! You got soo much fat around your stomach. Yuck !' Pipa nii kalau cakap memang dengan penoh expression.

Aku tengok Pipa aku diaam ajer. Tengok gitu ajer. Malas pulak, hari nii nak bercakap2.

' Abah, I know how to reduce the fat around the stomach. Look at this.. Look here.. Look here Abah !"

Tiba-tiba Pipa berjoget.

Say Hi to the Left.
Say Bye to the Right
Say twist, twist,twist ( sambil twist-twist-twist her hip)
and High, high , high (sambil menunjukkan tangan ke langit)

Siap dia ulang dua kali lagi.

"Pipa belajar kat mana nii ?"
" Pipa tengok iklan kat TV.." Hmm,. aku berdoa she turns out fine in the near future.

*****

Bila Arip, Ajim, dan Dilla dah selesai mandi, aku pun masuk la dalam bilik mandi aku. Tengokkan cermin yang besar dalam bilik mandi tuu , baru ler aku sedar, I got so much Fat around the stomach.

Sensing nobody's around aku pun try pelan-pelan.

Say Hi to the left !
Say Bye to Right !!
Say twist, twist, twist !!!
and High, high, high. !!!!


Hmmm not bad aaa. Aku rasa aku kena buat beribu-ribu kali rasanya, baru laa lemak nii nak hilang..

Labels: ,

Friday, October 17, 2008

Querying Pipa.

N3 sebelum Jemahat..

*****

Pipa ni smart. Smart sebab dia anak tengah. Dia ada kakak2 dan adek2 yang boleh dibenchmark-kan. Top-bottom bench-marking. Lemme tell you this, Boh Pipa bun anak tengah tauu..

Elok ajer aku balek kerja semalam, tengah lepak-longlai kat atas katil, Pipa terus tuju kat aku, semi menjerit bertanya.

"Abah !! I got questions for you. Lots of question.."

Bab2 anwsering questions nii, I'd consider myself as a self appointed expert. Menjawab soalan is Part of my cari-makan maa.

"Tanyalah..apa nak tanya"

"Ok2.. Abah ingat lagi tak Bila, dimana, macamana abah ajak Mama Kawin ?"

(Gulp !! Woops dalam banyak2 soalan teknikal yang aku jawab selama nii, aku rasa nii la antara yang paling challenging dan pelik..)

I've to be carefull. Really carefull. Put on my sensor, trying to sense wether Maam's around, I answered...


"OK2..Abah ingatlagi tak Bila, dimana, macamana Mama setuju ajakan abah tuu ?"

(Ha ha , this is becoming interesting. Unlike most of my GLC2 customers, she cornered me. Manalah aku nak ingat.)

Aku pikir kalau masa aku kecik2 dulu tanya macamnii kat Arwah mak aku, for sure aku kena cili punya. Macam Paklang kat Kerteh tuu. But, I did not, because, ehem, I am smart. I'm the middle child maaa..


"Kenapa Pipa tanya soalan nii. ?"

This is a memory game laa Abah. Lepas nii Pipa nak tanya Mama pulak. Mama ingat lagi tak perkara-perkara dulu... Aku pun apalagi, siap la pasang telinga.

Labels:

Wednesday, September 10, 2008

10th Day

This is Afifa Pipa. She's 9. She's still in standard 3. Sekolah Kebangsaan Saint Mary.

Physically, (very) active. Highly charged, energetic, and always seeking for attention. But, with temper like Category Five Hurricane Katrina. Woopss..

If she screams, the whole house shakes.
If she cries, the beams vibrate.
If she's excited, the whole neighbour trembles.
Dan Kalau bergaduh, habis semua keluar.

I know where she got the temper from. But I have no clue whatsoever, where she acquired the one like Hurricane...

Maam dok macam tuu pun. He he..

Yesterday, lepas buka puasa, she just meleser at me. Bergolek-golek. You-know-what-I- mean, menyondol-nyondol. And slowly she told me, with sparkles in her eyes.


Abah, Abaaaah Pipa ada Blog..
Hah !? Whoaaa. Yer ker..Pipa ada Blog ? Pipa buat sendiri ?
Apa url dia ?
Url tuu apa abah ? Pipa buat sendiri laa.
Apa address dia ?,. Dia punya dable yu dable yu dable yu.
Ooh tu,. dable yu, dable yu dable yu. dot tesstiara dot blogspot dot com.

Do drop by and tell me what you think. And she created it, all of by herself, while waiting at Maam's office. Hmmm, ok gak tuu..



I think too much Hannah Montana, but it's OK.

Labels: ,

Thursday, July 31, 2008

Do You Know Your Kids ? - Part Jeloh

Pok Mie went to JKT the other day. Knowing my juvenile inclination of Indopop Band, he bought me an Album. A Compilation CD. Ori lagi tauu. Ada Letto, Nidji, Ungu, Bunga hapakernama, Melly and Gita Gutawa. TYVM, and automatically, I dunno why, I owe him a Mexican Lunch. A burrito or mebbe a chimichanga..


Dan pada malam harinya, on weekday, biasala, bila orang tak ramai, aku angkut Ajim, Arip, dan Pipa ke Tesco for Grocery Shopping. Armed with tangan kiri yang dah gatal nak fwd and surfing, aku masukkan cd baru tuu dalam player. Sampai ajer track no 5, aku rasa aku familiar dengan lagu nii. Haperkernama band ni,. Matta ?


Hmmm,.Kat mana aku dengar niii ? Aku biarkan ajer lagu tuu terus terpasang..


Sampai ajer part chorus tuu tiba2 Arip dengan Pipa menjerit dalam kereta. Joining in the the Band..

Wooo-Oh,. aku Ketahu-aaannn.
Pa-ca-rann lagiii, dengan dirinya.
(with much added emphasis on the Pa-ca-rannn part)



Gulp !. Tergamam-terkedu kejap aku masa tuu..


"Woi-woi-woiii,.. mana korang belajar lagu nii ?" aku intercepted, tanya diaorang dengan rasa macam tidak ada selera makan.


"Alaa abah, lagu nii ada dalam kereta Najib..Dia selalu pasang. Selalu pun ada dalam radio."



Listen, lemme tell you this. There are still things that I don't really know about my kids.

And the answer is not with them. It's with me. They're just like sponge. They'll absorb everything around them. It's for me to find out what is their surrounding. Hmmm..


Anyway,. now, everytime I'm in my car with Ajim, he always asks me,.


"Abah, abah,.. pasang lagu no 5.."


pa-ca-ran lagiiiii dengan dirinyaaa.. Ihiks

Labels: , ,

Friday, May 02, 2008

I'm a Salesmeng.

Satu petang, lepas balik pada sekolah, Pipa dok tanya kat aku. Bunyinya macam tak puas hati ajer. Macam ada benda yang tak kena.


"Abah, abah, Mama nii, takder besday pun, takder hari special pun, kenapa Abah belikan Mama handphone baruu ?"


Looked, smelt (sp?) and sensed around, my extra in-built-on-top-of the skin-quark-ions-sensors detected Maam is somewhere nearby. I told Pipa, in a somewhat raised voice, albeit subtlely. Clearly and slowly.


"Yelah,. Bila Abah miss and rindu kat Mama ajer, Abah boleh call Mama terus..Tekan 2 hijau. Kalau ada phone baru suara Mama lagi clear. Lagi jelas.."

"Abah niii..."


He he, rite-away, my sensors detected a huuuge amount of happy quark-ions being churned somewhere nearby. Continuosly.

I am Happy.

Labels: ,

Wednesday, February 27, 2008

Menyakat

Minggu lepas kami pergi ke acara berendam mingguan. Aku, Pipa, Arip, and Ajim. Anne dah macam biasa, tak nak ikot. Sejak nak masuk 13 tahun nii, acara berenang nii dah macam tidak menarik lagi pada dia. Aku rasa ini perkara biasa untuk anak2 memasuki peringkat remaja. Afiqa memang lama dah tak nak ikot.

Bila agak Petang sedikit, awam pun mula merudum. Macam nak hujan. Overcast. Maam pun kasi isyarat, dengan mengakat kening ser-dua kali, pada yang kecik2 tuu, supaya naik. "Cukop2 la mandi." Melihatkan isyarat ibu mereka yang agak comel tetapi garang, maka, Arip dan Ajim pun keluar la dari kolam renang. Berlarian ketakutan sedikit, ke bilik persalinan.

Tinggallah aku bersama Pipa maseh menikmati berendam-rendaman di dalam kolam mandi separa suam airnya.

Bila semuanya sudah balik, dan hari pun betol2 nak hujan, barulah aku dan Pipa keluar dari kolam renang dan terus membilas badan di bilik persalinan. Menikmati pancutan air panas yang agak kuat. Di rumah tiada sebegini. Setelah semuanya siap, Pipa pun beritahu dia amat lapar. Hingga ketahap semi kebuloran. Dia ajak makan. Aku pun mengesyorkan Pizza. Terbeliak matanya kegembiraan, kegirangan, sambil berteriak Jom ! Jom !! Joomm !!!

Sampai saja di Pizza Hut, kami pun pesan Personal Meal. Takotlah kalau ter-pesan lebih, aku jugak yang kena jadi mangsa, jadi BandaLaya (DBKL) untuk menghabiskan apa2 yang masih ada di pinggan. Diet akan tidak sempurna.

Mula saja Pipa makan, dia ajak aku ambil video dia makan. Dia nak menyakat Anne. Apa2 laaa Pipa, asal bahagia. Kalau Kakak Anne menyakat Pipa pula, jangan meraung tak tentu pasal. Nanti Abah panggil Mama.

( Whoa,... with super duper fast jalurlebar connection, the video takes only 78 second to up load..)

Mama yang comel, tapi garang..

***


Hari Ahad lepas, instead of our normal Lets-go-Tesco-day, we went for Stephen Chow Cantonese show "CJ7". It was good. Arip siap nangis lagi bila tengok bapak budak tuu mati. :-(. Entah apa kena kat aku hari tuu, aku just refused to park inside Cineleisure. Mebbe, me back to old kemot ways. Maka, aku park la KGJ parrallel-ly outside Cineleisure.

Biasala, KGJ ber-aircond, tapi tak sejok.
KGJ ber-steering, tapi tak power. And the best part of it, nothing vibrates like KGJ.

Menitik jugak peloh aku nak park. Pergi depan, pergi belakang sambil pulas2 steering wheel. Tanpa aku sedari, siap grunting. uurrgh, urrrghhh.

Tiba-tiba Ajim bersuara. Lembut dan perlahan.

"Abah, abah bae-lak ker.." Terkedu aku kat situ.



Labels: ,


www.flickr.com
topi jo's photos More of topi jo's photos
www.flickr.com
topi jo's photos part 2 More of topi jo's photos
 

Free Web Stats