Nasi Kicap Ikan Goreng..
Aku tak tahu kenapa, anak-anak aku suka sangat makan nasi kicap ikan goreng. Selalu jugak dalam seminggu-seminggu tuu diaorang mintak aku siapkan nasi ini. “ Abah Nasi Kicap Ikan Goreng Satu ..”
Afiqa sukakan aural effect nya. Bila aku ramas-ramas, gaulkan nasi tu dengan ikan goreng bersama kicap, dia suka bunyi “chrennk chrennk chrennk”. Kepada Afiqa, bunyi itu macam sedap sangat ?! Bunyi itu sudah cukup unutk merembeskan airliur di dagu.
Talking about weird thing runs in the Family..
Kicap yang digunakan semestinyalah kicap Lemak Manis Cap Kipas Udang brand “Habhal”. Aku pernah jugak cobatratest kicap masin yang lain. Anne dok komplain pulak, tak sedap !!.
Untuk 4 orang makan, aku sediakan 3 senduk nasi yang baru sahaja dimasak, bersama dengan 2 atau 3 ekor ikan sojar / selayang / sardin. Ikan temenung, atau ikan kembung pun boleh.
Ikang Tuka, ambe dok try lagii. Ambil bahagian isi yang lembut dan asingkan tulang nya.
“Rahsia kepada nasi kicap ikan goring yang sedap terletak kepada bahagian ikan yang tergoreng keras. Di bahagian belakang ikan berdekatan dengan siripnya serta dibahagian perut. Kunyah bahagian-bahagian ini di dalam mulut sekurang-kurangnya selama 30 saat sebelum di campurgaul di dalam sebatian nasi bersama ikan. Lihat di sebelah kiri dan kanan samada ada orang atau pun tidak. Jika tiada, ptoooooiii kan campuran ini bersama nasi itu semula..
Kesemua enzim-enzim di dalam mulut akan memecahkan protin-protin kompleks supaya senang di serap di dalam usus anak-anak. He he..
Tambahkan kicap seberani semungkin sehingga campuran ini benar-benar hitam berkilat. Oh jangan lupa untuk menambahkan wortel serta sayuran lain untuk mendapatkan "Balanced Diet" yang penuh dengan serat.
Pindahkan kepada 4 bahagian untuk dihidangkan kepada 4 orang anak-anak di pinggan yang baru. "
Aku ingat kalau kakak-kakak aku tau aku punya ‘Secret Recipe” takderla diaorang nak kasi anak-anak diaorang aku punya Nasi Kicap Ikan Goreng.
Maam… Oh Maam ?!, Udah lama tau, pe’el akuu. I am giving what I think the best for my kids. Always.

Looks Delicious eh ?



7 Comments:
Patut pun anak2 tu slim melim. Abah dia dah serap all the zats sebelum anak2 dia makan. Itu rahsia dia nak jaga badan anak2 rupanya. Anak2 kita pulak tembam membam. Nak2 yang 1st & 2nd. Yang 3 & 4, masih jaga badan lagi sebab kadang2 tak tahan pedas,mak or abah kena hisap dulu. I bet Azim will follow suit or maybe dia kurang suka resepi tu. Kot2 ada TG abah dia melekat.....messti masin siket!!!
By
Anonymous, at 9:53 AM, December 29, 2005
alahai cik jo, ingat lak kat abah kita, ni la yang selalu abah buat untuk kitaorang adik badik masa kecik-kecik dulu..sedap!!!
tang kunyah2 pastu luah balik tu, bagus gak tu, anak2 makan bekas kita, berpotensi anak akan sentiasa mendengar cakap mak bapak...:)
By
Anonymous, at 11:19 AM, December 29, 2005
JO : masa I kecik2 selalu makan mcm tu , letak nasik panas-panas, pastu letak mentega kat atas nasi bagi cair, pastu letak kicap (tak ingat pulak cap apa) and then letak isi ikan and gaul sehingga mesra.
Heavennnn......
Balik ni nak try - bagi anak aku makan pulak...
By
MA, at 11:24 AM, December 29, 2005
kalau ada sambal sardin lagik best..
bro, aku ada reply dari abang kat blog aku(see also ur previous post on letter from ayang)
By
atiza, at 1:28 PM, December 29, 2005
kunyah2.. hisapp..sedappp..anak2 dpt hampeh..pandai ko ye..
hehehehe aku pun buat giteww
arc
By
Anonymous, at 2:48 PM, December 29, 2005
Bagus, mendengar kata la budak² tu.
Aku makan bersuap sampai darjah 6. Mak aku buat cenggitu gak, tapi aku buat² tak nampak je..:p
Nampak best jek nasik tu, sebelum aku baca entry tu.. hohoho
By
sempoii, at 5:04 PM, December 29, 2005
Maklang Oghang Kayer : Anok comei ikot Maam comei !!
Anok mu putih ikot Mokdier putih..
Hok yang tembam-tembam tuu, no kommeng. Amender? More area to lurve ?
Noha ! Tenkiu for droppin' by.
Eh! Template kiter cam sehati gituh ? Hopefully bbudak dengarla sangat cakap Bapak Mak :-)
MA : Anak anak sekarang ni (I la), dia takmboh Margerine... Bertuah punya budak! Dia nak butter Jer. Ader jugak try variation NKIG sekali, taruk Margerine.
Dia tak nak makaan.
Onde2 :
Pata Timurans memang nak yang hok manih jer.
Eh ? mana dengor nih. Tokleh makan lebihan anak. Kita ni selalu jadi MPK(Majlis Perbandaran Kontan) menyapu segala ada lebihan.
Nak buang sayang. Sapu jer lah.
Sapa lebih garang ? Kalau kat sana rasanya, Mak dialah kan. Sounds cam very proper and very neat? Che Juan dengar cam cool jer :-))
Kalau Kat sini, for sure Maam. :))
PB : Mu Buat cam tuu juger keanak2 mu ?
Arc : He he HAA, Sebagai Bapak yang bagus dan bertanggungjawab aku hisap segala racun + toksik dulu. Kesemuanya ditapis dahulu..
By
Anonymous, at 9:46 AM, December 30, 2005
Post a Comment
<< Home