Tembolok* Memasing
I have a problem. Or you may call it, somewhat a blessing. In my gut-dictionary, there’s no such thing as Bad Food.
Makanan, minuman, juadah, kuih muih, lauk pauk, pencuci mulut, dan manisan, takdok yang tak sedap. Semua Sedap belaka. Sedap sokmo. Yang ada hanyala 4 kategori.
Sedap
Sedap Amat
Teramat Sedap
Sedap Hingga Menusuk Kalbu.
Sedap nii macam makanan kat Canteen/Cafeteria kat tempat kerja aku laa. Atau warong warong biasa yang bersepah sepah di manamana. KFC, McDonald dan Burger Otai kegemaran anak aku tuu semua masuk dalam kategori nii. Sedap... Terokkan aku ni..
Sedap Amat nii kira macam selected few, kedai-kedai, restoren-restoten yang aku kira rajin sangat frequent ngan customers akulaa. Contohnya Restoren Raju, Banana Leaf dekat Jalan Chantek, bersebelahan Sekolah La Salle PJ tuu. Semalam baru lagi pekena ser-round (Maam and kids sure dok kata Uweerrk, Uweeerrk.) Nak wat guaner. Tembolok ku berbeda.
Ikan bakar Belakang Istana tuu. Satey Yus kat Kajang… Whoooo ho ho. Banyak lagi laah. Sedap Amat.
Teramat Sedap nii kira macam tempat2 Sedap Amat, di tambahlagi dengan tahap kebuloran aku yang mencecah langit ketiga! Great companies, Nice ambience, with Maam minus the kids juga boleh menyebabkan yang Sedap Amat menjadi Teramat Sedap. High and Mighty Pie with great Frens pun termasuk dalam kategori ini.. Haaaaa !!!
Sedap hingga menusuk kalbu. Whoaaa, Nii really special..This is solely given to the food cooked by my late Mom. Bukan sahaja sedap hingga menjilat jari, melicinkan pinggan, bertambah 2 tiga kali. (Udah berumor nii dak tak larat, tokghrok, nak buat pe’el mentekedarah cam tuu, beringatla Jo, beringat..). Cuma kesedapannya sehingga boleh buat aku teringat makanan yang aku makan masa kecik-kecik dulu. Mee Rebus Kerang dengan Kacang Tanah. Rojak dengan Petis. Sambal Ikan Bilis dengan Kacang and all Greeat food cooked by my late mom. Menusuk Kalbu..
Kesedapannya sehingga Teringat apa yang aku buat masa itu. Alaaa,.masa dulu-dulu.
Makan & bergaduh dengan PakCik (sampai kena jemor bogel kat luar rumah).
Kena suap dengan Makngah (Sis #2). Makngah kalau suap kitaorang adekberadek, pakai besen masa dulu. Kenkadang bila MakNgah buat happy besday anak dia, ada juga rasa tembolok aku nak jugak mintak Makngah Suap..
Kena angkut air kotor yang tadah, basuh pinggan sebab paip bocor.
Picnicking kat padang belakang Quarters askar.
ExtraSpecial, gigit-di hujung-plastik nasi dengan masak asam.
Berdozen-dozen lagi lah, ingatan menusuk kalbu masuk di benak.
Teringat pun aku enjoyed kat beranda belakang dorm sambal mengunyah bilis dengan kacang tanah dengan Arsepal.
Semua ingatan tuu terus datang di kalbu sejurus ajer aku merasakan juadah itu.
Nii ada satu dish yang tengah nak evolve dari TS kepada SHMK. Laksa Pahang Batu 5. Bila aku travelling OTJ, jaoh-jaoh dari Maam, rasa pulak nak makan Laksa Pahang nii. Mana nak carik nii...
*Tekak



13 Comments:
leceh tu nak buat.RAsa macam laksa Johor.. buat rempah sendiri memang sedap..
Masakan mak masak memang teramat sedap,sebab dari kecik dok makan mende tu aje.
Ada rezeki boleh makan laksa pahang kalu balik kontan.
By
Anonymous, at 8:46 AM, March 02, 2006
Jo,
Oh yeah,those ikan bilis sambal dengan kacang.Believe it or not,I never came across this snack back in my hometown but ur mum's is the best.Or is it becoz I was always hungry in those days?Hahaha!!!Maggi mee,roti canai Tmn Tas,Keropok Lekor kat Bas Stand Kuantan.Sumer sedap amat.
Rgds,
kna
By
Anonymous, at 11:31 AM, March 02, 2006
huhuhu,
masakan mak memang best. aku tengah belajo masok dengan my mom. Bapak cerewet makan, tapi kalu aku masak dia makan, sebab dah hampir dengan mak masak.. Hampir je.. belum jadik lagi..kekkekek..
nak gi carikla laksa batu 5 tu..ada lagi tak skang ni..
By
Arena, at 2:23 PM, March 02, 2006
Tj...Oh..Tj....
Bawak2 bertendang...wei..ingat lah bahawasanya....semua kesedapan itu rasa hingga ke hujung anak tekak aje...wei lepas tu..mengidap...
Sabar je lahhhhh...tapi kalau nak pekena ikan bakar belakang istana tu calling2 lah aku...hehehe.."sesekali ku rasa teringin"...
By
Anonymous, at 2:50 PM, March 02, 2006
Jo...hang nie memang laaa...nafsu makan boleh tahan...kurniaan Allah..Walau apapun check and balance mesti ada, jangan sampai memudaratkan..hehehe
By
anggerik merah, at 6:28 PM, March 02, 2006
Hi Hi hi Never trust a skinny cook. Semalam gi makan kat my mum c rice - linda onn. Nasi Ayam (ala ala boyan).kerabu mangga ( hancheng+ tergigit batu , Tahu johor ( katanya ) kacang tak kupas kulit makan ngan kicap . Patutlah Linda onn Kurus. hihihi. Malam kena gout. jadik makan sedap kena makan tak sedap pon kena..
Gouti Pcik
By
Anonymous, at 6:51 PM, March 02, 2006
Ikan Bakaq jalan Belamy ka yang belakang istana tu? Kalau hamba jadi agong, hari2 makan terubuk bakar situ...
By
Izhal, at 7:04 PM, March 02, 2006
Saja nak tanya, semua mak masak sedap ke?
Sekarang ni nak makan sedap pun kena fikirkan dulu sebab kena budget la... kos makan dah meningkat
By
Anonymous, at 8:41 PM, March 02, 2006
Jo, konsep kita bih kurang sama, tapi aku ada satu kategori tambahan sebelum 'Sedap'... iaitu 'Bedal Aje'. Ni untuk time-time lapar gila tapi malas masak, so bedal je roti cecah air kopi ke, maggi ke quaker oat ke...
By
Anonymous, at 12:58 AM, March 03, 2006
*musykil kerna tak de kategori makanan tak sedap*
By
dith, at 1:08 AM, March 03, 2006
easy : Yelah easy, weekend is coming and I'm going back. Yes, to Kontan...
PB : He he :-) Kita punya pendapat, macam diamkan ajer. Kalau nak dipikir peninglaaa. Naik la BP. Macam lihat ajer gituh.
Mu kena mintak Abe Sele lebih sikit/banyok..
Kna : Ruugilah ngko not coming this weekend and re-live those menusuk kalbu memories.
Onde : Bersyukurlah semasa masih boleh lagi nii.. :-). Ur Mom is a Great chef, if I may say..
Arena : Hok Batu 5 tuu is homemade. Laksa tempah kat Sungai Isap (?) / Kg Mahkota (aiseyman, my memory is fading again), kuah and rencah are homemade.
Bilal : Nii bukan di hujung tekak ajer. Malah, ianya memebuatkan aku jadi Bahagia. Kebahagiaan yang ku cari..:)
AM : Thanks your kind ingatmengingati. Hari nii slow sket, besok siapa tahuu. :-). 11 to 19 is School Holiday kat mesia nii. Little man udah decide..?
Pakcik: Tenkiu for dropping by. Ha ha, ha, never trust a skinny cook. Sebab tuu la Maklang masak best..
Keh keh keh.
Zhal : Yang mana yang paling best among the three ? Aku suka gerai yang tengah tuu..
Ni : Semua sedap. Masa dulu-dulu we even have a small gerai kat dalam Kem Askar, selling Nasi Ayam, Laksa Penang, and I cannot recall, Mee rebus tuu ada ker tidak. Part of my job is to goreng telor Mata Kobau.:-), Earlier, bout 30 years ago, we also sold some nasi lemak kat kengkawan and cikgu kat sekolah rendah.
Dan berek-berek bujang dalam kem..
JIe : Ur my buddy. Camner nak ngurangkan nii haa...
DITH : That is my exact problem. Takder yang tak sedap. Ada ker ubat yang nak suppress (sp?) rasa di tekak nii.
Tapi kan, taknakla obat yang membuatkan kita jadi Bodo
:-)
By
Jo Kontan, at 8:34 AM, March 03, 2006
Ehhh...eh.... asal Maklang punya nama masuk sekali nih.... I tak kuat makan dah le ni. Dah tobat. BP naik. Sekarang dah loose weight sikit BP dah back to 130/85. Dr said 'Keep it up'. Tapi bab memasak ni kena diteruskan. Temolok anak2 ikut temolok pakcik2 and abah mereka....
Eh.... macam I yang tak skinny ni.. ye ke I masak sedap...macam selalu makan makanan masakan I...ye ke Pakcik Goutman???
By
maklang, at 8:50 AM, March 03, 2006
Best regards from NY! » » »
By
Anonymous, at 6:09 PM, February 22, 2007
Post a Comment
<< Home