Jo Kontan

Monday, October 08, 2007

Kasut Raya



Hmmm,. my boys' peculiar behaviour reminds me of mine when I was at their age. Mana taknya, kalau kuah tak tumpah ke nasik (betol ker nii ?).

Masa aku umor 8-9 tahun dulu, 2-3 minggu lagi nak raya, Bah dah belikan kasut raya. Kat mana lagi ? Kat Kontan laa. Dekat Kedai Bata Jalan Besar tuu. Ntah ada lagi ker tidak.. Satu row dengan Kassim Dispensary, berdekatan dengan Medan Pelancong. Area-area Maya Tailor.
Seingat aku, masa tuu, Kompleks Teruntom pun belum ada lagi. BFO pun belom ada. Sebab masa tuu, Along pun tak kerja lagi..

Sokmo, kalau beli kasut tuu, aku tengokkan pilihan kasut aku tuu macam tak menarik ajer. Paklang punya kasut nampak cantek. Ader ajer tak kena dengan aku punya pilihan..

Kalau Paklang pilih seluar ker, baju ker, nampak senonoh ajer. Aku punya, selalu macam ada ajer yang tak kena.

Mebbe that's what people call siblings' rivalry kot ? But now, my taste is waay better than him ha haa..

Anyway, back to cerita kasut. Awal-awal puasa lagi kitaorang dah belikan kasut untuk Pipa, Ajim, Arip, dan Dilla. Anak-anak daras yang dah besar tuu boleh gii ngan Maam bila2 masa. Abis tidak, boleh songlap kasut Maam ajer..

5 hari lepas, lepas pada buka puasa, aku masuk bilik tidor laa. Aleh-aleh ajer, aku ternampak Arip. Ralit betol dia dengan kasut baru dia. Siap diciom bau lagi kasut tuu. Nampak ajer aku, terus ajer si-Arip tanya "Boleh Arip pakai ?" Aku !?, angguk ajer, knowing his excitement inside.

Lepas disarongkan kasut tuu, dia tengok, belek-belek. Jalan sana, jalan sini, habis keliling bilik tidor tuu. Yang bestnya, siap lompat-lompat lagi. Lompat !, lompat !!.

"Whoaaa!,.. best betol kasut Arip niiii.."

And lemme tell you something. T'was exactly how I behaved roughly 3 decades ago. The smells of new shoes. Purrgh, heaven...

And If I remember correctly,. there's one thing missing.

Mujor, dia tak bawak kasut tuu tidor sekali.. Pelok.
***

Anne nii betol anak bertuah !. Saiz kasot dah sama ngan Mama. Semalam dia dah dapat this Croc (haperkernama) Sassari. Kata Anne, comfortable sunggoh & ringan. The best part of it, he he, Maam Bayor.
And what did I get for myself ?. A RM12.90, cilok-ed version of Croc slipper, from Mydin.
Hey, it's lite and comfortable too !

Labels: ,

15 Comments:

  • anak dara kat umah tu pun sekarang , kalau beli kasut dah tak boleh pergi tempat untuk kanak kanak...

    si kakak saiz kaki dah 5 .

    cepat tul mereka membesar bagai JOhan...

    By Blogger pB, at 9:56 AM, October 08, 2007  

  • tu la kekadang sedih tengok bebudak..bayangkan kalau kita tak mampu nak beli apa2 kat dia org...keseronokan dia org memang lain berbanding kita yg dewasa nih..biasanya org tua sudah pasti dahulukan anak2 sebab nak kasi dia org seronok....apa kabar agaknya anak yatim piatu..moga ramai yang menderma supaya dapat dia org beraya seperti mana budak lain...uhukss..melodramatic plak

    By Blogger arsaili, at 10:30 AM, October 08, 2007  

  • Jo,

    Hari Sabtu aku,wifey and Nabila carik baju raya dan kasut utk Nadia.Si Nazrin siang2 dah surrender tak nak ikot sbb dia kata mesti lama punya.

    Started 2PM at MVC, baju/jeans settled around 4PM.Habis round MVC sampai pukul 6:30PM tak jumpa yg berkenan.Lepas tu pegi JJ kat Tmn Maluri.Kasut pilihan hati was found at approximately 10:30PM.Phew, cedera otot2 kaki aku.


    Rgds,

    By Anonymous Anonymous, at 10:32 AM, October 08, 2007  

  • Kat umah tu pun sama, dapat kasut mcm kasut ajim tuh melompat sana sinih, siap pakai stoking lagi...bkan main bagus taste bbudok skg, nak yg mahe jer...kasut mak dgn bapak made in mydin jer tu pun RM9.90!..takpe ler..rezeki bbudak..

    By Anonymous Anonymous, at 2:09 PM, October 08, 2007  

  • Jo anak dara u ada good taste tu ni baru croc lain kali agak Ferrugamo kot...

    boys no problem kan kan kan...

    By Blogger Kak Elle, at 7:50 PM, October 08, 2007  

  • Aha...zaman kita dulu kasut bata laa.. mana ada brand lain lagi.

    Salam aidilfitri to Jo and family

    By Blogger anggerik merah, at 11:27 PM, October 08, 2007  

  • oh, i dah belek-belek croc sassari tu...macam tak jadi nak beli je. end up beli comfit kat bata je la :)

    By Blogger Mama Rock, at 10:52 AM, October 09, 2007  

  • aku sampai la ni belikan anak-anak aku kasut Bata..

    Aku rasa everybody went to the same phase as Ajim..Jimi siap tidur ngan kasut baru dia yang lip lap..hihi

    By Blogger atiza, at 12:02 PM, October 09, 2007  

  • anok kwan dapat kasut croc gok, tapi pakat beli kat carrefour :)

    wife kwan oghang johor. bkerut jugok dahi dier dengor kwan bcakap maser kat pekan :)

    By Anonymous Anonymous, at 4:43 PM, October 09, 2007  

  • salam Jo,

    anak2 maklang seme tak beli kasut raya lagi..

    Disini kami sekeluarga memohon ampun dan maaf dari JO sefamili sekiranya da terkasar bahasa, terumpat terkata, terusik jiwa...dan kalau termakan lebih2 kat rumah JO tu or jalan2 mintak maaflaa...eh..

    p/s : paklang tgh arrange bags kat kereta...kami nak balik Kontan pagi ni, InsyaAllah...Selamat Hari Raya maaf zahir batin

    By Blogger maklang, at 7:21 AM, October 10, 2007  

  • PB :

    Tak berapa lama lagi kang N3 bersekitaran "Emptying the nest" aje..

    Memang kejap betol bbudak ni membesar !!

    Bila balek Kelatae Mek ?


    R-Sai-li :

    Kalau nak baca N3 'bout Anak Yatim, please go to Count Byron.

    Syahduu..

    By Blogger Jo Kontan, at 2:49 PM, October 10, 2007  

  • KNA :

    You are a good husband & man. Not to forget a Greeat Lover !

    Takder ler hakuu nak ngikot oghang pempuan nii shopping. Habis kuat bagi phulus ajer kat diaorang (now I hear, background whispers... tuu pun kalau bagii) Ha ha Haaa.



    Super-Mom Anna :

    Kebahagiaan tulus melihat anak2 bahagia disamping kita.

    Jaman Mak Bapak nak Melaram dah lama tammat. (Tapi kengkadang, sekali sekala, wookeh jugaaa)



    Kak Elle :

    He he,.

    Ferragamo !! ($%^&!!. Duit Mak Bapak kasi. Memcekik Mak Bapak kasi nak pakai Ferragamo..)

    Afiqa (#1), in this sense, is a very good girl. Dia beli apa2 yang boleh ajer. :-)

    By Blogger Jo Kontan, at 2:56 PM, October 10, 2007  

  • AM :

    Ye tuu. Mana ada brand lain lagi masa tuu. Tuu pun rasa best amatz. PeRasaan masa tuu, sampai masa sekarang pun tak sama.

    Selamat Aidil Fitri Minal Aidil wal Faizin.


    Mama Rock : I tengok belek croc ori kat OU tuu dah lama. Ended up beli yang cilok kat Maidin. :-)

    Selamat Menyambut Aidil Fitri..



    Tizz :

    Those once in lifetime special moments.

    Once gone,. it's really gone. Tu yang spend more time with kids tuu



    CD : Laa kwan luper, baru ingat. A'ok oghang Pekaen iyer. Sokmola dengar 107.5 Pahang FM. Boleh dengor Ayah Ngoh berceloteh.

    Pekan kat mana ? Pulau Tambun ? Tanjong Medang ?. Kat situh ghamei sedaghe beloh Maam.. :-)




    Salam Maklang !!

    Selamat Menyambut Aidil Fitri Minal Aidil wal Faizin.

    Maaahap Dzahir Bathinn. (Ish,.. Jo nii kememeh laa..)

    We will be in Kontan sampei hari ghabuuuu.

    By Blogger Jo Kontan, at 4:28 PM, October 10, 2007  

  • whoaa dasat anne pilih croc.mimi ada tgk croc mase gi amsterdam aritu.tapi mcm tak berkenan je.kat sini taktau la ade ke dok sbb dah lamje tak kuar shopping.ghalik sibuk keje je.

    anyway,selamat hari raya dariku yg jauh di perantauan.mintak maaf banyak2 zahir dan batin ye aichik sekeluarga

    By Anonymous Anonymous, at 4:28 AM, October 17, 2007  

  • mimi :

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin..

    :-).

    Buuurrp, baru lepas makan nasik Dagang dengan Lakse..

    By Blogger Jo Kontan, at 11:46 AM, October 18, 2007  

Post a Comment

<< Home


www.flickr.com
topi jo's photos More of topi jo's photos
www.flickr.com
topi jo's photos part 2 More of topi jo's photos
 

Free Web Stats