Pantun Nak Raya.
"Hello.. Do you know that Kopipes is my middlename ? he he ,.Jo "Kopipes" Kontan.
The below I unashamedly copied from Tengkera Sya*.
Uhuks, Style-wise laa. The contents is ori from Pasar Malam section 6, KD"
Berbuka Puasa Pelbagai Juadah,
Roti Sardin Popiah Basah,
Tahun in Baju tak ditempah,
Kerna Di Mydin regernya murah,
Qia Mullail jarang sekali,
Makan Mullail berkali kali,
Balik Kampong Suboh S'piee,
Jem di jalan dapat dielaki,
Factory Outlet singgah Selalu,
Reject Shop tak jemu jemu,
Tak Paham Anak Daraku satu, (bertuah budak Afiqa sorang ni ! )
Baju berkolar dia tak mahu, (dia kata hudoh!!)
Pilihlah baju penambat Hati,
Bersamping Songket Baju Melayu,
Lagi senang bawak yang lelaki, (Kat Mydin)
Aku amek merah, diaorang amek biru,
Ketupat Rendang bermain di kepala,
Sata bakar tertambat di hati,
Berhati Hati di Jalanraya,
Kemalangan dapat dihindari,
Dicicah Rendang dengan Ketupat,
Lontong sedap tidak terperi,
Sepuloh jari ku susun rapat,
Salah silap dapat di maafi,



15 Comments:
waduh waduh bro jo..cayalah .
tak sangka tul pandai berpantun.
memang orang lama nie..
ha haha aaa....gurau jer
PB pun nak mintak maaf. manalah tahu kan kot kot dlm dok tulih tulih komen ni, ada yang tak berapa nak kena tajuk dan mengganggugugat ketenteraman tuan blog...
hati hati bila balik kontan.
By
pB, at 1:13 PM, October 18, 2006
Received this vie sms..
"Hawau kau berak merata,
Kaki besau ulau patok,
Rinduku padamu makin membara,
Hinggakan malam tak boleh lentok...
Selamat Hari Raya, Jangan mati terlentang di jalanraya, nanti jadi hantu raya.."
Horror betul dapat wish macam ni.
Nef
By
Anonymous, at 1:39 PM, October 18, 2006
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.
By
KakNi, at 2:53 PM, October 18, 2006
Jo
Koppies aje kak sya tak kisah
Bukannya pantun hak kak sya aje
Anak daramu sama anak bujang kak sya
Baju berkolar memang tak suka
SELAMAT HARI RAYA
By
Sya, at 3:41 PM, October 18, 2006
Selamat hari raya untuk Jo and family.
By
anggerik merah, at 2:34 AM, October 19, 2006
Subuh sapi'e kereta tak ada
Baik baik terjumpa hantu raya
Setahun sekali kita berjumpa
Huloqlah banyak banyak duwet raya
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
By
Mummy Rizq, at 7:56 AM, October 19, 2006
"saya tak balik raya
saya sedih tak terkira
saya ucap selamat hari raya
maaf zahir batin la ya.."
By
Mulan , at 8:51 AM, October 19, 2006
jo, macam dah balik raya je bunyi nya. mama ni jeles sebab masih kean buat month end closing....lambatnya nak tunggu saturday! selamat beraya sakan - jgn sampai jarum kat weighing scale tu tak cukup tempat nak tuju :)
By
Mama Rock, at 10:38 AM, October 19, 2006
PeeBee : Sama sama lah Kiter.
Tuu kat atas keter tuu udah bawak ice box tuu,. khabor kat Abe, kona baring kat nak sampai Dabong doh tok leh doh.
Kak Pah TT !! : Lama kwan tok napok mu ! Raya balik rumoh Terrence ker ? Selamat Hari Raya and MZB.
Ahni : Sama samalah di sini. Balik Peghelih pelan pelan noo.
Kak Sya : Bah dia nak tunjuk kat anak dia, ehem. "Abah got taste maaa"
Dia cakap !! "Hudooooh !!" Afterall, kena acceptlaa. 80an punya taste nii tak sama ngan duaribuaan ni..:-(
AM : Selamat Hari Raya and MZB. Kalu AM rasa nak terghiak, baca2 la blog2 yang lite niii..
MB :
Bakar Lemang Didihkan Lauk
Pucuk Paku Di Gaul Ayam
Hajat Memang hendak Huloq,..(ingattauu)
Anak MB Satu, Anak Saya Nam
Selamat Hari Raya & MZB.
O Mulan :
Harapkan Bulan Jatuh ke Riba
Untuk menawan hati yang pedih
Jangan la Mulan Bersedih Hiba
Kan TV1 ada, TV3 pun dah Boleh..
MAB yaa.
Mama : Bunyinya macam naaaaaak balik sangat. Walhal Jo bertolak hari Sabtulaa. Kalau takder aral melintang. Kontan pun dekat ajer. Cuma timing nak bertolak tuu tunggu berbudak semua masih ngantuk lagii.
By
Jo Kontan, at 2:44 PM, October 19, 2006
Huwaaaaaa.....ehhh...nak terghiak ka? Sob sob :-(...semua orang nak balik raya.
Ok surely I will visit lite entry.
By
anggerik merah, at 3:54 PM, October 19, 2006
Bro Jo,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin
Berhati2 di jalan raya
duit raya takde?
By
1na, at 9:03 AM, October 20, 2006
Tj : Buat checklist
1. Baju Raya - check
2. Kasut raya - check
3. Duit Raya - check
4. Maam dah masuk kete
5. Bibik - dah
6. Anak (kira jangan tak kira, 1 sampai 6.
Cukup 9 Baru jalan tau? kang asyik dok mengantuk, tertinggal pulak Dilla dalam buaian tu. Hehehe
Selamat Hari Raya, maaf zahir bathin to Jo, Maam and family. Bawak kete elok2, kalau ngantuk singgah Petronas minum dulu... (budak2 aje tu :-).
Kalau ada salah silap maafkan ye...
By
AuntyN, at 10:10 AM, October 20, 2006
Selamat Hari Raya to Joe, Maam and all your 20 kids:)
Minta maaf zahir batin for all the terkasar bahasa:)
By
Anonymous, at 10:40 AM, October 20, 2006
Jo,
Selamat Hari raya .... pandu kereta balik kontan tu baik-baik ye .... ramai dalam kereta tu!
Salam buat orang kontan ye!!
ff
By
Anonymous, at 2:17 PM, October 20, 2006
AM : :-). See ya around.
Wan-na : Sama-sama lah Selamat Hari Raya Minal Aidil Wa Faizin.
Duit Raya, NO PROBLEM.
Anak mu dua.
Anak kita nam.
:-)
AN !!
Ni baru tengah nak tulih sikit pasal last minit special check list. Takot terlupa macam tahun lepas. Dahh Aunty tulih dulu.
Kira rumah AN nii jadik Port Besar laa Hari Baik Bulan Baik nii.
Selamat Hari Raya & MZB to AN, UZ dan kaum keluarga.
Lily : Anok kawan tok seghama Abang BTB.
Sem-Biiiiiii-laaaaaaan !!!
Mamak after Raya, k ?
efef :
Sama sama tuu. Selamat Hari Raya & MZB.
By
Jo Kontan, at 4:26 PM, October 20, 2006
Post a Comment
<< Home